Thursday, May 17, 2012

Dr Khir: MP Kapar pernah minta RM10 juta syarat keluar PKR

Dr Khir: MP Kapar pernah minta RM10 juta syarat keluar PKR - Nasional - Sinar Harian:


Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo
Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo


SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam pernah meminta sejumlah wang - RM10 juta seperti yang didakwa sebuah blog untuk keluar PKR.

“Memang ada (Manikavasagam jumpa saya minta wang untuk keluar PKR). Dia bersama dengan tiga rakannya ketika itu. Dia minta wang, tetapi saya cakap saya tidak boleh beri kalau dia hendak keluar PKR.


“Saya beritahunya, BN (Barisan Nasional) tidak amalkan cara begitu. Dia hanya akan dapat peruntukan khas kawasan sama dengan Ahli Parlimen
BN jika dia bebas,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang.

Dr Khir turut mendakwa, beliau pernah berjumpa dengan Manikavasagam sebelum pertemuan itu, namun tiada rundingan.

Semalam, blog http://sel13.com/ archives/2230 menyiarkan artikel mendakwa Manikavasagam bertemu Dr Khir selepas satu ceramah di Kuala Selangor, hujung 2008, meminta sejumlah wang untuk keluar parti.

Dalam pertemuan itu, Manikavasagam dikatakan turut menceritakan masalah beliau dengan beberapa kepimpinan PKR lain yang didakwa terlibat mengutip duit peniaga di Sungai Buloh.

Artikel itu turut menyebut, pertemuan kedua diatur beberapa hari kemudian untuk membincangkan berhubungan tawaran tersebut.

Manikavasagam menafikan bahawa beliau pernah meminta RM10 juta daripada Dr Khir pada 2008 untuk keluar PKR dan menjadi ahli Parlimen Bebas.

Sebaliknya, Manikavasagam, wakil rakyat penggal pertama mendakwa, beliau yang sebenarnya dipelawa oleh bekas Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) itu secara gurauan di sebuah hotel, di sini, hujung 2008.


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment