Thursday, July 19, 2012

AS umum latihan musnah periuk api di Teluk

WASHINGTON: Amerika Syarikat dan kira-kira 20 negara akan mengadakan operasi antiperiuk api besar-besaran di Teluk, September depan.
Pentagon mengumumkan rancangan itu semalam selepas Iran mengancam ia mungkin menyekat kapal membawa minyak mentah daripada melalui perairan berkenaan.

Jurucakap Pentagon, George Little berkata, operasi itu, termasuk simposium mengenai langkah menangani periuk api, akan diadakan pada 16 hingga 27 September.
“Ia latihan pertahanan yang bertujuan mengekalkan kebebasan belayar di perairan antarabangsa di Asia Barat,” kata Little.

Amerika Syarikat baru-baru ini meningkatkan kapal antiperiuk apinya kepada lapan serta menempatkan dron kapal selam di rantau berkenaan. - AFP

No comments:

Post a Comment