Thursday, July 19, 2012

Iran beri perlindungan insurans kepada kapal

DUBAI: Iran berkata semalam, ia akan memberi perlindungan insurans kepada mana-mana kapal asing yang memasuki perairannya sebagai langkah menangani tindakan Kesatuan Eropah mengharamkan perlindungan insurans kapal yang membawa minyak mentah Republik Islam itu.
“Republik Islam Iran akan mengambil semua tanggung jawab untuk mengisuranskan kapal asing dan kapal yang memasuki perairan Iran,” lapor agensi berita Fars semalam, memetik kata-kata Pengarah Urusan Pertubuhan Pelabuhan dan Maritim Iran, Seyyed Ataollah Sadr.

Menurut Seyyed, perlindungan insurans itu diberikan dengan kerjasama syarikat insurans Iran.
EU menguatkuasakan pengharaman menginsuranskan kapal yang membawa minyak Iran sejak 1 Julai lalu sebagai langkah untuk memaksa negara berkenaan menghentikan program nuklearnya. - AFP

No comments:

Post a Comment