Thursday, July 19, 2012

Tarekat Naqsyabandiyah mula puasa semalam

PADANG 18 Julai - Kumpulan Tarekat Naqsyabandiyah di Kota Padang, Sumatera Barat mulai menjalankan ibadat puasa hari ini.
Rukun Islam ketiga itu dilaksanakan selepas kumpulan tersebut menetapkan 1 Ramadan jatuh pada hari ini selepas merujuk kepada hisab dan rukyah.
Anggota Tarekat Naqsyabandiyah malam tadi turut berkumpul di surau Baitul Makmur di Mukim Pauh, Padang, untuk menunaikan solat tarawih 20 rakaat, diikuti solat witir tiga rakaat.
Kumpulan itu mempunyai kira-kira 10,000 pengikut di Sumatera Barat.
Kumpulan tersebut turut mempunyai pengikut di Jambi, Riau, Bengkulu, Sumatera Selatan dan Aceh selain Malaysia.
Selepas menetapkan ibadat puasa bermula hari ini, anggota kumpulan itu yang berpuasa selama 30 hari bakal merayakan Hari Raya Aidilfitri lebih awal dari tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat Indonesia. - AGENSI

No comments:

Post a Comment