Friday, July 13, 2012

jelaskan harga sebenar Menara Felda....dulunya cuma RM 632 juta kenapa sekarang RM 700 juta?

Kalau dulu hanya peneroka dan gen 2 Felda sahaja yg berjumpa saya membuat aduan; ketika ini kakitangan Felda pun makin ramai menemui saya walaupun secara senyap2.

Isu gaji dan kebajikan pekerja kilang Sawit Felda dibangkitkan kpd saya. Terdapat 70 kilang sawit Felda seluruh negara dan tidak kurang 5 ribu pekerja. Gaji yg rendah, cuti tahunan yg kecil, elaun2 cola antara isu yg diutarakan melalui Kesatuan Pekerja2 Felda Palm Industries Sdn Bhd.

Mereka dah bawa kpd Datuk Ahmad Maslan dan Tan Sri Isa Samad namun tiada susulan positif. Yg senang lenang adalah pegawai2 eksekutif Felda yg menjadi kroni Isa Samad.

Insyaallah, meskipun ANAK hanya sebuah Ngo; setiap aduan diteliti dan di usahakan formula penyelesaian. Mlm semalam, ada pulak aduan mengenai Felda Oil Product Sdn Bhd, yg kini dikenali Felda Iffco Sdn; sebab saham majoriti dikuasai syarikat asing.

Najib bangga rasmikan Menara Felda 50 tingkat berharga RM700 juta, walhal isu peneroka, gen 2 dan staf Felda berlambak2. Saman di Mahkamah seperti Kadar Perahan Gred, hutang Tanam Semula, wang Tanam Semula dan maintenance kebun menyerlahkan kegagalan Kerajaan BN.

Bahkan kalau Najib telus, jelaskan harga sebenar Menara Felda....dulunya cuma RM 632 juta kenapa sekarang RM 700 juta?
Benarkah dakwaan mengatakan jika siap sepenuhnya mencecah hampir RM 1 bilion?
 

No comments:

Post a Comment