Friday, July 13, 2012

Krisis Petronas – Keangkuhan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir puncanya- (2) - The Kuala Lumpur Post | Independent Online News

….bersambung dari babak (1)
RANGSANGAN PILIHANRAYA?
Reuters – Najib, yang mengambil alih kepimpinan negara, tetapi masih belum lagi menerima mandat pilihanraya sebagai perdana menteri. Beliau telah menaikkan gaji penjawat awam dan pembayaran tunai kepada isi rumah berpendapatan rendah – yang dilihat lebih untuk memenangi undi -  dilihat Petronas mempunyai bahagian dalam dana program tersebut.
Agensi Penilaian Fitch memberi amaran pada Februari, bahawa bajet Malaysia adalah terlalu bergantung pada hasil petroleum, dan pilihan raya boleh meningkatkan perbelanjaan dan meluaskan defisit bajet.
“Jika langkah-langkah rangsangan yang agresif dilaksanakan dan ini membawa kepada peningkatan yang berterusan dalam nisbah hutang awam (public debts ratio), ia akan menjadi negatif untuk rating penilaian,” tulis Fitch.
Ianya mungkin sudah berlaku. Kerajaan pada Jun lalu telah membentangkan di parlimen untuk perbelanjaan tambahan berjumlah  RM13.8 billion – lebih daripada separuh untuk subsidi makanan dan bahan api yang akan meluaskan defisit fiskal kepada 6% daripada KDNK.
Petronas hanya mula memperincikan sumbangan kepada kerajaan 2 tahun lalu – sementara mula melobi untuk perubahan di dalam polisi dividen. Malah, perkataan “dividen” tidak  pernah muncul dalam laporan tahunannya bagi tahun 2001 hingga 2009.
Reuters juga memperincikan kajian untuk tahun-tahun sebelumnya, bermula 1976 mendapatkan angka-angka daripada bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, yang kini penasihat kepada Petronas. Tetapi Petronas enggan untuk mengesahkan ketepatan tersebut.
TIADA PENDEDAHAN AWAM
Data Mahathir menunjukkan Petronas membuat pembayaran kepada negara lebih daripada dua kali ganda antara tahun 2005 dan 2011 kerana harga minyak yang melonjak tinggi.
Dalam pada itu, Perbelanjaan Negara juga turut berkembang, melebarkan defisit bajet walaupun pendapatan meningkat. Tetapi Malaysia tidak akan mendedahkan untuk apa wang Petronas dibelanjakan.
Reuters membuat permintaan rasmi bagi mendapatkan data dari pejabat Audit Negara Malaysia,  tetapi Agensi Audit berkata ia boleh memberikan angka belanjawan untuk segala-galanya, kecuali sumbangan Petronas.
Tanpa akses kepada perangkaan rasmi, ia adalah sukar untuk menentukan bagaimana kerajaan membelanjakan wang Petronas. Mahathir berkata kepada Reuters beliau mengeluarkan data tambahan Petronas di laman blognya sebagai “penjelasan” untuk maklumat lanjut, mengenai ke mana wang “pergi” setelah beliau berundur pada tahun 2003.
“Sebahagian besar untuk perbelanjaan operasi, termasuk kenaikan gaji untuk 1.4 juta penjawat awam yang kebanyakannya etnik Melayu,” Mahathir berkata.
Sejak Najib mengambil alih jawatan pada tahun 2009, perbelanjaan operasi telah meningkat sebanyak hampir 16 %. Sementara perbelanjaan pembangunan, termasuk pendidikan, keselamatan dan kesihatan, adalah sama.
Menaikkan gaji memerlukan kos tinggi, Dr Mahathir berkata dalam satu temu bual dari pejabatnya di tingkat 83 Menara Berkembar Petronas. Sekali gaji naik, beliau berkata, ia adalah sukar untuk memotong pada tahun-tahun berikutnya.
“Jadi, hasilnya, anda mengambil lebih dari perbelanjaan pembangunan kerana perbelanjaan pembangunan tidak merupakan satu keperluan wajib,” katanya. “Anda boleh memotong dari situ!”
MENGEMBANGKAN OPERASI LUAR NEGARA
Dengan bekalan minyak domestik menurun, Petronas telah berkembang di luar negara, melabur di Sudan, stesen petrol di Afrika Selatan dan Industri Gas Asli Cecair di Eropah. Peta Korporatnya menunjukkan operasi Petronas di lima benua.
Tetapi 29% daripada pengeluaran antarabangsa syarikat itu tertumpu di Sudan dan Selatan Sudan, dan pertempuran di sepanjang sempadan Sudan menyebabkan kebanyakan saluran paip ditutup. Shamsul memberi amaran bahawa terhentinya pengeluaran di Sudan akan menelan kos kepada syarikat sebanyak RM3 bilion.
Itu adalah salah satu sebab di sebalik pembelian Syarikat Canada’s Progress Energy. Shamsul berkata perjanjian-pembelian itu akan meningkatkan sumber gas syarikat di rantau “geopolitik yang tidak stabil”.
Pengambilalihan seperti ini memerlukan banyak wang, dan Petronas berpendapat ia tidak memenuhi “misinya” apabila menyerahkan lebih daripada separuh keuntungan kepada kerajaan.
Menurut kabel diplomatik yang dikeluarkan oleh Wikileaks dalam bulan Jun tahun lepas. Ahli Lembaga Petronas , Mohammed Azhar Osman Khairuddin berkata kepada Diplomat AS yang tidak dikenali bahawa Petronas “merasakan tekanan yang besar untuk mengembangkan perniagaannya, di samping untuk mengekalkan status politik Malaysia.”
Azhar berkata Petronas mahu wang dilaburkan dalam aset minyak dan gas “untuk menggalakkan keuntungan pada masa depan, lebih daripada utama dari dibelanjakan sekarang untuk program domestik mendapat, demi keuntungan politik”. Azhar mahupun Petronas tidak memberi maklum balas bila ditanya mengenai hal ini.
Isu pembayaran kepada kerajaan dan pelaburan korporat adalah masalah bagi syarikat-syarikat minyak milik negara yang lain juga.
Petronas dilihat menghadapi dilema yang sama dihadapi oleh syarikat minyak negara Mexico, Pemex. Kerajaan Mexico, mengambil tunai begitu banyak daripada perniagaan Pemex, Syarikat mempunyai masalah melabur dalam pengeluaran.
Firma Fitch memberikan penarafan “BBB” kepada penerbitan hutang terbaru syarikat itu, memetik beban cukai yang besar dan “pendedahan kepada risiko campur tangan politik.”
Dengan permintaan tenaga global dijangka meningkat sebanyak kira-kira 30% pada tahun 2050 dan penduduk pula dijangka meningkat kepada 9 bilion, para Eksekutif bertanya sama ada kerajaan adalah halangan utama dalam memastikan bekalan masa depan pada tahap yang berpatutan.
Ketua Eksekutif Exxon Mobil, Rex Tillerson berkata di Persidangan Gas Dunia bahawa peraturan, cukai dan subsidi meletakkan risiko kepada projek-projek yang diperlukan untuk menjana pertumbuhan global. Jika keadaan ini berterusan, kerajaan akan melihat ekonomi mereka “berjalan ke belakang,” katanya.
Petronas mempunyai empat projek minyak di Iraq, yang dijangka mencapai pengeluaran komersial tahun ini. Anggaran Shamsul bahawa output Operasi Petronas akan memuncak pada 800,000 tong minyak sehari pada tahun 2015 – kira-kira 45 peratus daripada pengeluaran minyak mentah tahunan Malaysia.
Syarikat itu tidak mendedahkan berapa banyak melabur di Iraq, tetapi dianggarkan sebanyak US$8 billion dilaburkan di satu medan, Gharf Oilfield, di mana Petronas membangunkan bersama Jepun petroleum exploration Co.
“Sebab (Petronas) tidak mahu memberikan wang kepada kerajaan kerana ia memerlukan wang untuk melabur semula,” kata Mahathir. “Ini adalah perniagaan yang sangat mahal seperti yang anda tahu. Semuanya berjalan di atas angka berbilion-bilion dolar. ”

TADBIR-URUS BAIK
Sebagai syarikat minyak negara, Petronas mempunyai reputasi yang baik bagi tadbir urus. Pada 2011 Kertas Kerja Bank Dunia mengenai tadbir urus dan prestasi syarikat-syarikat minyak nasional meletakkan Petronas sedikit melebihi purata global.
Tetapi ia telah membiayai beberapa projek yang boleh dipersoalkan, kedua-dua di bawah Najib dan pemimpin sebelumnya. Dua kali pada tahun 1984 dan 1989 – Mahathir meminta Petronas untuk menyelamatkan (Bailout) Bank Bumiputra Bhd dari keruntuhan akibat beberapa skandal. Dalam kedua-dua penyelamatan (bailout) tersebut, Petronas telah menyuntik sejumlah RM3.3 bilion ringgit ke dalam bank.
Mahathir juga telah menarik kritikan umum apabila menggunakan dana Petronas menyelamatkan (bailout) Syarikat Perkapalan anak sulung beliau, Mirzan yang dibebani hutang. Dan sekali lagi dana digunakan untuk “menyokong” Syarikat Proton (pembuat Kereta Malaysia), yang menaja Pasukan Lotus dalam Formula Satu.
Mahathir menafikan beliau menyelamatkan anaknya. Petronas “telah ditawarkan dengan tawaran yang agak berisiko dan ianya berakhir dengan keuntungan dengan tawaran itu!,” beliau menegaskan.
Petronas bagaimanapun telah berulang kali menolak untuk membincangkan tentang hal penyelamatan (bailout) itu.
Krisis antara Petronas dan kerajaan menjadi perhatian umum selepas Najib mengambil alih jawatan pada 2009.
Hassan Marican, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas pada masa itu, tidak bersetuju dengan Najib mengenai isu-isu siapa yang patut dinamakan sebagai Ahli Lembaga Petronas sehinggalah kepada Pasukan Formula Satu mana untuk ditaja.
Reuters difahamkan bahawa Najib memberi notis 6 hari kepada Hassan bahawa kontrak beliau tidak akan diperbaharui pada tahun 2010, berakhirnya kerjaya 21 tahun beliau.
Tiga orang yang mempunyai pengetahuan langsung tentang keadaan ini berkata Hassan telah melepaskan jawatan kerana dia tidak dapat “bersama-menuruti” Najib.
“Hanya enam hari notis untuk kerjaya yang merangkumi lebih dua dekad bersama Petronas,” kata orang yang rapat kepada Hassan.
Hassan, kini merupakan ahli lembaga di syarikat minyak utama Amerika, ConocoPhillips dan pengerusi syarikat Singapore Power Utility, tidak memberi repon di atas permintaan temubual.
Dilantik oleh Mahathir, Hassan Seorang Akauntan berusia 59 tahun, mempunyai kebebasan yang agak besar  di Petronas sebelum pertempuran dengan Najib.
Mahathir berkata Hassan sering berkata “tidak” kepada cadangan-cadangan beliau, walaupun beliau tidak bersetuju untuk menyelamatkan syarikat kereta nasional yang merupakan kebanggaan negara dan syarikat yang dimiliki oleh anak Mahathir.
Hassan enggan untuk menggunakan syarikat Malaysia yang tidak berpengalaman untuk membangunkan industry minyak dan gas, atau meneruskan operasi mahal membangunkan lapangan minyak kecil di negara ini, kata sumber yang rapat kepada Hassan.
Kedua-dua projek itu adalah sebahagian daripada cita-cita tinggi Najib bernilai US$444billion (RM1.42 Trillion), lebih dikenali Program Transformasi Ekonomi yang dilancarkan pada September 2010 – hanya 7 bulan selepas penyingkiran Hassan. ($1 = 3,1985 Ringgit Malaysia)

(Laporan tambahan oleh Rosenberg Mica di Mexico City dan Yantoultra Ngui di Kuala Lumpur; Penyuntingan oleh Bill Tarrant dan Michael Williams. Diterje
mah oleh Hasani Mohamed)

No comments:

Post a Comment