Friday, July 13, 2012

NAJIB-ROSMAH DAN PARA PEMIMPIN DULU KINI DAN SELAMANYA KAYA RAYA BERKAT JADI PEMIMPIN ATAS TIKET PARTI UMNO


 Ini Gaya Hidup Para Pemimpin UMNO



Adakah Ini Pemimpin Yang Paling Miskin Masa kini ?


GAMBAR fail pada 2009 menunjukkan Jose Mujica bekerja di ladang bunga milik isterinya sebelum menjadi Presiden Uruguay.







Harta Presiden Uruguay cuma bernilai RM6,200

.

MONTEVIDEO - Presiden baru Uruguay, Jose Mujica mungkin menjadi salah seorang pemimpin paling miskin apabila beliau mengisytiharkan harta kekayaan miliknya ialah sebuah kereta Volkswagen Beetle.
Kereta itu berusia 23 tahun dan bernilai kira-kira AS$1,900 (RM6,220).
Menurut deklarasi hartanya, bekas pemimpin gerila itu tidak mempunyai akaun bank dan aset lain. Manakala sebuah ladang bunga yang kecil pula diletakkan atas nama isterinya.
Pendapatan yang dilaporkan dalam deklarasi itu hanya gajinya sebagai Presiden iaitu kira-kira AS$11,000 (RM36,014) sebulan.
Presiden tersebut memberikan 20 peratus daripada pendapatan bulanan itu kepada pergerakan politiknya.
Beliau yang berumur 75 tahun menjalani kehidupan dengan penuh kesederhanaan.
Gaya hidup Mujica berbeza dengan Naib Presidennya, Danilo Astori yang mengisytiharkan kekayaannya sebanyak AS$250,000 (RM818,499). Ini termasuk sebuah rumah dan kereta yang bernilai 10 kali ganda daripada kereta Volkswagen Beetle tersebut. - APsumber

No comments:

Post a Comment