Monday, July 30, 2012

MB jamin tiada kenaikan tarif air di Selangor



SHAH ALAM 30 Julai: Kerajaan Selangor akan memastikan tarif air di negeri itu tidak dinaikkan di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.
Untuk itu, Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri menolak projek Langat 2 bagi memastikan rakyat mendapat air percuma.
“Sekiranya Langat 2 diteruskan, Selangor akan memikul beban kos sehingga RM2 bilion dan tarif air akan dinaikkan sehingga 70 peratus,” katanya dipetik mediaselangorku.
Khalid berkata, keputusan itu dibuat bagi menjaga kepentingan rakyat yang selama ini terbeban dengan kos sara hidup tinggi di bawah pentadbiran Umno BN.
Sebelum ini, Kerajaan Pusat melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) berdegil mahu meneruskan projek Langat 2 dan bercadang membuka tender kepada mana-mana syarikat yang layak.
Tindakan itu kononnya bagi mengelak tanggapan kroni Umno BN memperoleh keuntungan berganda jika projek itu diteruskan.
Dalam pada itu, Khalid menempelak pemimpin Umno BN yang berdegar-degar bercakap mengenai kebajikan rakyat tetapi masa sama mahu menaikkan tarif air.
Beliau turut menyelar, dakwaan Umno BN kononnya Selangor akan muflis dengan pemberian air percuma.
Kata Khalid, Pakatan Rakyat bukan sahaja membuktikan mampu menjaga kebajikan rakyat malah rizab kerajaan negeri juga bertambah.
Short URL: http://www.keadilandaily.co/
 —

No comments:

Post a Comment