Sunday, July 1, 2012

Nik Aziz dakwa Najib 'takut bubar Parlimen'

Nik Aziz dakwa Najib 'takut bubar Parlimen' - Politik - Sinar Harian:

Nik Aziz dakwa Najib 'takut bubar Parlimen'
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
SHAH ALAM - 'Ketakutan' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sehingga kini masih belum berani untuk mengumumkan pembubaran Parlimen adalah satu kemenangan moral kepada Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am Pas berkata, alasan Najib kononnya untuk menunggu mandat lima tahun sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menggambarkan 'ada sesuatu' yang belum meyakinkan Najib yang juga Presiden Umno.

"Satu daripada kemenangan moral kita ialah bila Umno tak berani nak bubar Parlimen.

"Lepas sehari, sehari ditangguh. Tentu ada sesuatu. Masalah apa kita tak tahu, yang pasti dia (Najib) 'serabut perut'," katanya dipetik Harakah Daily hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Temu Mata Anak Rantau Panjang D'Perantauan yang diadakan di sini, semalam.

Jumaat lalu, selepas pelbagai spekulasi timbul mengenai tarik PRU13, dan desakan tidak henti-henti dari PRt, Najib semalam tampil dengan kenyataan membayangkan pilihan raya tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Najib menggunakan mandat penuh untuk menunaikan segala janji dan program.

Mengulas lanjut 'ketakutan' Najib itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan tidak menolak kemungkinan ia disebabkan kebangkitan rakyat yang kini semakin ramai menyokong PR.

"Semalam (kelmarin) di Johor, tak pernah lagi sebegitu ramai. Ini membuktikan kesedaran dan gelombang perubahan itu wujud," katanya merujuk kepada majlis Perhimpunan Hijau yang diadakan di Johor Bahru kelmarin.

No comments:

Post a Comment