Wednesday, July 18, 2012

Syeikh Dr. Ihsan Baadarani merupakan seorang ulama' Syria yang bersama-sama dengan kebangkitan rakyat Syria

Syeikh Dr. Ihsan Baadarani merupakan seorang ulama' Syria yang bersama-sama dengan kebangkitan rakyat Syria telah mengeluarkan kenyataannya hari ini menyatakan bahawa apa yang berlaku di kota Dimasyq hari ini merupakan petanda kepada kemenangan.

Sesungguhnya ini merupakan petanda kepada peringkat terakhir terhadap kebangkitan rakyat Syria dan peringkat kemenangan semakin menghampiri kita semua.

Beliau juga mengingatkan kepada masyarakat Dimasyq agar bersatu dan bekerjasama dengan Tentera Pembebasan Syria agar kemenangan dapat dicapai tidak lama lagi.

Kata beliau lagi,

" Wahai orang-orang Dimasyq, Sham, kalian semua adalah pemuda yang telah membenarkan perjanjian kalian dengan Allah untuk memelihara agama ini. Sehingga ada yang telah gugur syahid dan ada yang masih menunggu untuk mengikuti jalan yang sama.."

No comments:

Post a Comment