Tuesday, August 7, 2012

Saman Malu terhadap YAB Perdana Menteri

Saman Malu terhadap YAB Perdana Menteri ekoran ungkapan 'HARAM JADAH' yg diucapkan PM di Felda Jengka 8 pada 8 mei lalu; difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh jam 3 petang tadi.

8 orang peneroka melantik Lawyer Hj Haris Abdullah mewakili mereka. Suatu catatan sejarah bilamana PM disaman kerana memaki hamun rakyatnya sendiri!

Ungkapan bermaksud menghina itu turut menyuburkan perasan buruk sangka dan permusuhan sesama masyarakat Felda mengakibatkan plaintif telah dipulaukan, dicemuh dan menjadi sasaran berita negatif oleh media sepanjang agihan durian runtuh.

Akibatnya, kredibiliti, reputasi dan nama baik plaintif telah tercemar teruk dan dibenci ramai sehingga membuatkan plaintif membuat laporan polis pada 7 Jun yang lalu.

Sehubungan dengan itu, melalui saman hari ini, plaintif menuntut ganti rugi am dan khas seperti mana ditaksirkan mahkamah, ganti rugi teruk, faedah lima peratus dan kos guaman.
 

No comments:

Post a Comment