Friday, August 10, 2012

Tok Kenali atau Muhammad Yusof (nama timang-timangan beliau ialahAwang) dilahirkan di Kenali, Kelantan



Tok Kenali atau Muhammad Yusof (nama timang-timangan beliau ialahAwang) dilahirkan di Kenali, Kelantan pada tahun 1868 Masihi. Beliau mempunyai pertalian yang rapat dengan pertumbuhan sistem pengajian pondok yang terdapat di Negara ini amnya dan di Kelantan, khususnya.

Pesanan beliau yang cukup terkenal di kalangan anak-anak murid yang datang ‘mengaji’ dari setiap pelosok negara termasuk dari Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Selatan Siam: “Belajar rajin-rajin” dan “balik buka pondok!”

Beliau dianggap wali kerana dianugerahkan oleh Allah dengan pelbagai karamah seperti berjalan d ipermukaan air, dapat berada di banyak tempat dalam jangka masa yang singkat, mempunyai mulut yang masin (berlakunya beberapa perkara setelah dikatakan oleh beliau) dan juga dapa tmengetahui perkara-perkara yang akan berlaku seperti kedatangan Jepun dan peristiwa banjir besar.

Beliau meninggal duniad alam usia 65 tahun pada 19 November, 1933.

TENAGA PENTING MAJALAH PENGASUH

Beliau merupakan tokoh penting di sebalik penerbitan majalah Pengasuh di samping pernah menjadi Ahli Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu (Dewan) Ulama. Beliau pernah belajar selama 17 tahun di Mekah dan 5 tahun di Mesir.

Beliau membuka dua buah pondok di kampong kelahirannya di Kenali, dalam jajahan Kota Bharu. Di sinilah beliau berjuang, mengasuh dan mendidik anak-anak muridnya hingga melahirkan banyak tokoh agama, yang kemudian pulang membuka pondok pengajian di tempat masing-masing. Di sampingmengajar, Tok Kenali juga aktif dalampenulisan.

GANDINGAN ULAMA DAN UMARA

Sebagai Ahli Majlis (Dewan) Ulama, Tok Kenali juga turut terlibat dalam pemerintahan negeri. Beliau telah membantu menyusun undang-undang tubuh Majlis Agama dan adat Istiadat Melayu Kelantan.

Tok Kenali juga terlibat menggubal Kanun Tanah Negeri yang meliputi persoalan pembahagian harta pusaka menurut syariat. Datuk Perdana Menteri (Menteri Besar) Kelantan ketika itu diketuai sahabatnya, Haji Nik Mahmud bin Ismail sering berbincang dan mendapatkan pandangan daripada Tok Kenali dalam banyak perkara pentadbiran.

Beliau pernah bertanyakan TokKenali berhubung cara untuk memajukan bandar Kota Bharu. Tok Kenali mencadangkan agar membina banyak sekolah supaya dengan usaha itu akan wujud banyak kedai, bangunan-bangunan dan bandar Kota Bharu akan maju.

Cadangan itu kemudiannya dilaksanakan dengan penubuhan banyak sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Sultan Ismail turut menghormati Tok Kenali. Bagindalah yang memerintahkan TokKenali menterjemah kitab induk Imam Syafie, iaitu Kitab Al-Umm dan kitab tafsir, Al-Khazan.

MENGAJAR DI MASJID MUHAMMADI

Selain mengajar di Pondok Kampung Paya di Kenali, Tok Kenali juga mengajar di Masjid Muhammadi. Selepas kematian ibunya, Tok Kenali berpindah mengajar sepenuh masa di Masjid Muhammadi atas permintaan Datuk Perdana Menteri (Menteri Besar).

Sejak itu, pondok-pondok kecil didirikan dengan banyak di sekeliling masjid itu yang didiami pelajar-pelajar yang dating serata negeri di Tanah Melayu (Malaysia). Masjid Muhammadi menjadi pusat pengajian pondok tertinggi dan termasyhur ketika itu.

SECEBIS RIWAYAT

1868 – Dilahirkan di Kampung Paya, Kenali, Kelantan.

1886 – Belayar ke Mekah untuk menuntut ilmu.

1908 – Pulang ke Kelantan untuk mengajar agama.

1916 – Membantu menyusun undang-undang tubuh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).

1918 – Mengetuai penerbitan majalah Pengasuh.

1933 – Meninggal dunia.

No comments:

Post a Comment