Sunday, September 2, 2012

Bas disimbah cat merah

KOTA BHARU: Sebuah bas dua tingkat yang membawa rombongan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipecahkan cermin dan disimbah cat merah di depan Pasar Siti Khadijah, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian 4.20 pagi, bas membawa penumpang dari Kuala Lumpur itu dikatakan diparkir berhampiran kawasan itu sebelum bertolak ke Jeli sejurus kejadian.

Polis yang menerima laporan mengenai kejadian itu setengah jam kemudian, segera menghantar sepasukan anggota ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment