Wednesday, October 17, 2012

EU umum sekatan baru



 
Brussels: Negara anggota Kesatuan Eropah (EU) semalam mengenakan sekatan baru terhadap syarikat utama Iran dalam industri minyak dan gas selain menguatkan lagi tindakan terhadap bank pusat sebagai tekanan terhadap program nuklear Tehran.

Tetapi, Iran menegaskan, tindakan baru negara Barat yang disokong Amerika Syarikat itu tidak akan dapat memaksanya kembali ke meja rundingan bagi membincangkan program nuklearnya.

Lebih 30 syarikat dan institusi disenaraikan dalam jurnal rasmi EU untuk dibekukan asetnya di Eropah termasuk Syarikat Minyak Kebangsaan Iran (NIOC), salah sebuah pengeksport minyak terbesar dunia.
Amerika sudah melaksanakan sekatan terhadap NIOC bulan lalu ketika kerajaan Barat cuba menghalang keupayaan Republik Islam Iran daripada memiliki dana melalui eksport minyak ke seluruh dunia.

Penyenaraian sekatan baru itu memperbaharui keputusan 27 kerajaan EU untuk memperkenalkan tindakan selanjutnya terhadap industri Iran, perbankan dan sektor tenaga.

Mereka berharap, langkah itu akan memaksa Tehran kembali berunding mengenai projek nuklearnya. - Reuters

No comments:

Post a Comment