Sunday, October 28, 2012

Gencatan senjata di Syria berkubur?

SyriaKerajaan Syria dilaporkan bersetuju dengan gencatan senjata sempena Aidiladha. – Foto ihsan CNN
DAMSYIK - Pertempuran berterusan di Syria sepanjang semalam meskipun gencatan senjata empat hari dikuatkuasakan bermula kelmarin sempena sambutan Aidiladha.

Pemerhati mendakwa bahawa sekitar 150 orang terbunuh di Syria sejak kelmarin.

Badan Pemerhati Hak Asasi Syria yang berpejabat di Britain berkata, pasukan tentera yang setia kepada Presiden Bashar Al-Assad terus mengebom Damsyik dan di bandar-bandar di utara Syria sementara puak pemberontak melancarkan serangan balas.

Gencatan senjata diterima Khamis lalu oleh kedua-dua pihak pemerintah dan Tentera Syria Bebas (FSA) dengan syarat iaitu akan melancarkan serangan balas jika mana-mana pihak melanggar keputusan yang dicapai.

Sementara pertempuran berterusan, puak pemberontak dan kumpulan pemerhati mengisytiharkan bahawa gencatan senjata sudah pula berakhir.

"Gencatan senjata sudah berkubur," kata Pengarah Badan Pemerhati Hak Asasi Syria, Rami Abdel Rahman kepada AFP.

"Kami sudah tidak lagi boleh bercakap mengenai gencatan," katanya.

Dalam pada itu, ketua majlis tentera FSA di Aleppo, Abdel Jabbar al-Okaidi berkata, tidak ragu-ragu bahawa gencatan senjata yang diusahakan oleh Duta Khas PBB-Liga Arab, Lakhdar Brahimi "sudah runtuh."

"Ini kegagalan Brahimi. Inisiatif ini mati sebelum ia bermula," katanya.

No comments:

Post a Comment