Sunday, October 28, 2012

Syria ingkar perjanjian gencatan senjata



Terjemahan Mohamad Yahya,28 Okt 2012
Aktivis pembangkang Syria melaporkan pengeboman besar-besaran oleh pihak kerajaan di bandar-bandar utama,  di sebalik perjanjian gencatan senjata sempena Aidil Adha.

Aktivis di bandar timur Deir al-Zor, pinggir bandar Damsyik dan Aleppo, di mana pemberontak mengawal sebahagian besar wilayah tersebut, berkata bom mortar telah dilancarkan ke kawasan kediaman pagi Sabtu lalu.

Pengeboman datang pada hari kedua gencatan senjata yang dipanggil oleh duta antarabangsa Lakhdar Brahimi, yang berharap gencatan senjata tersebut akan membuka jalan ke arah menamatkan konflik selama 19 bulan yang telah membunuh kira-kira 32,000 orang.

"Pihak tentera mula menembak mortar pada 7 pagi. 15 letupan telah berlaku dalam tempoh satu jam dan dua orang awam telah terbunuh," kata Mohammed Doumany, seorang aktivis dari pinggir bandar Damsyik, Douma, pangkalan sebahagian besar aktivis pemberontak.

"Saya tidak lihat apa-apa perbezaan sebelum perjanjian gencatan senjata dan sekarang."(Aljazeera)

No comments:

Post a Comment