Sunday, October 28, 2012

MISTERI MASJID BASYAR SOLAT AIDIL ADHA



Basyar Al-Asad dilaporkan menunaikan solat Aidil Adha di sebuah masjid yang terletak di belakang istana akan tetapi televisyen rasmi negara yang menyiarkan siaran langsung enggan menyatakan nama masjid tersebut. Siaran televisyen tersebut juga tidak merakam bangunan masjid dari luar. 

Bilangan jemaah yang hadir dilaporkan hanya tidak lebih 100 orang dalam enam barisan (saf) sahaja. Solat diimamkan oleh Syeikh Walid Abdul Haq. Turut kelihatan ialah Perdana Menteri Wael Halqi, Menteri Wakaf Abdul Sattar Sayyid, Menteri Luar Walid El-Mu'alim, Mufti Besar Ahmed Hasun dan beberapa orang Ahli Parlimen.

No comments:

Post a Comment