Monday, October 15, 2012

Hubungan Kekeluargaan antara Nabi Muhammad Sallallahu-Alaihi-Wasallam dengan 4 Khulafa Rasyidin al-Mahdiyyin.

Hubungan Kekeluargaan antara Nabi Muhammad Sallallahu-Alaihi-Wasallam dengan 4 Khulafa Rasyidin al-Mahdiyyin.

Nabi Muhammad SAW berkahwin dengan Aishah RA yang merupakan anak perempuan kepada Abu Bakar RA. Maka Abu Bakar RA ialah bapa mertua Nabi Muhammad SAW dan Nabi Muhammad SAW ialah menantu Abu Bakar RA.

Nabi Muhammad SAW berkahwin dengan Hafshah RA yang merupakan anak perempuan kepada Umar RA. Maka Umar RA ialah bapa mertua kepada Nabi Muhammad SAW dan Nabi Muhammad SAW ialah menantu Umar RA.

Nabi Muhammad SAW mengahwinkan Ruqayyah binti Rasulillah SAWdan Ummu Kulthum binti Rasulillah SAW dengan Usman RA. Dan Usman RA digelar Zun Nurain yang bermaksud orang yang mempunyai dua cahaya (dua puteri Rasul Allah SAW)

Nabi Muhammad SAW mengahwinkan Fatimah binti Rasulillah SAW dengan Ali RA.

---

Menurut Syiah, Abu Bakar, Umar dan Usman R.Anhum adalah kafir bahkan mereka mencela sahabat-sahabat besar ini dengan sedahsyat2 kejian.

Namun, bukti hubungan kekeluargaan Nabi Muhammad SAW dengan sahabat-sahabat r.anhum menunjukkan sebaliknya. 4 Khulafa Ar-Rasyidin ialah orang yang mulia.

Persoalan : Adakah Nabi yang mulia sanggup bermertuakan orang yang kafir dan hina (Abu Bakar dan Umar di sisi Syiah) ?

----

Menurut Syiah, Ali lebih mulia dari kebanyakan makhluk. Bahkan mereka mengangkat martabat Ali ke martabat yang sangat tinggi.

Persoalan : Jika dilihat pada peta minda di atas, bukankah sepatutnya Usman RA lebih mulia kerana Rasul Allah sanggup mengahwinkan 2 anak perempuannya dengan Usman RA (padahal Ali RA hanya berkahwin dengan Fatimah RA seorang sahaja)?

Di sisi kami ASWJ, para sahabat mereka semua adil dan baik, kami tidak memuliakan seorang dengan yang lain dan menghinakan seorang dengan yang lain, melainkan martabat2 mereka yang Allah telah tetapkan.

MFAZ : Sesungguhnya telah benarlah yang benar itu seperti cahaya matahari yang terang yang menyilaukan mata orang yang mendustainya, dan telah hancur-hinalah Syiah yang menghinakan sahabat.

Ketahuilah sesiapa yang menghina atau bercakap lebih kurang tentang sahabat, ketahuilah mereka itu zindiq. Dan Syiah itu bukanlah daripada Islam.
 —

No comments:

Post a Comment