Thursday, October 11, 2012

Korea Utara akui peluru berpandunya mampu serang AS

Korea Utara akui peluru berpandunya mampu serang AS - Global - Sinar Harian:
PYONGYANG - Korea Utara mengakui peluru berpandunya mampu membedil daratan Amerika Syarikat (AS) selepas mengetahui negara Barat itu membenarkan Korea Selatan  menambah had jarak senjatanya.

Pada Ahad lalu, Korea Selatan mendedahkan perjanjian bersama AS bagi menambah jarak peluru-peluru berpandu balistiknya lebih dua kali ganda daripada had  semasa iaitu sehingga 800 kilometer (km) sebagai perlindungan daripada serangan Korea Utara.

Sementara itu, AS menafikan tindakan untuk mengapi-apikan Korea Utara tetapi secara fakta, lebih 20,000 tenteranya kini berada di Korea Selatan berfungsi sebagai pertahanan kepada sekutunya itu.

Suruhanjaya Pertahanan Kebangsaan Korea Utara dalam satu kenyataan mengulas, bersedia berhadapan dengan ancaman tentera AS.

"Kami tidak menyembunyikan sebarang fakta dan mengakui pasukan tentera revolusi termasuk strategi pasukan roket sedia untuk berperang, bukan sahaja di pangkalan tentera yang digunakan AS tetapi di kawasan-kawasan yang dicerobohinya seperti di tanah Korea, Jepun, Guam termasuk tanah besar AS sendiri," menurut kenyataan itu.

Korea Utara percaya tanah besar AS mampu diserang jika mereka membina peluru berpandu jarak jauh lebih 6,700 km.

Dua pelancaran roket serupa oleh Korea Utara sebelum ini menemui kegagalan tetapi jirannya tetap bimbang jika pelancaran seumpama itu merupakan satu teknologi yang sempurna. - Reuters
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment