Thursday, November 22, 2012

"KAMI AKAN HALAU ASKAR REJIM.."



Anda masih ingat kepada lelaki tua ini? Sesiapa yang belum mengenalinya, beliau merupakan seorang pejuang dan wira yang akan dikenang dalam sejarah kemerdekaan Syria.

Sumber Tentera Pembebasan Syria melaporkan beliau bernama Ali Sulaiman atau digelar sebagai "Syeikh Mujahidin Syria" telah terkorban.

Ali Sulaiman atau lebih dikenali dengan gelaran "Abu Toyyib" dari bandar Halab berumur 80 tahun. Beliau antara mujahidin yang lanjut usia tetapi masih sanggup memikul senjata untuk menentang pencerobohan rejim Syria dan pakatannya.

Bassam Ad-Dadat, Penasihat Politik bagi Tentera Bebas Syria dalam satu kenyataan berkata, Sulaiman telah menemui syahid 10 hari yang lalu dalam keadaan memikul senjata bagi mempertahankan keluarganya di Halab.

Sulaiman sebelum ini menubuhkan batalion yang dinamakan sebagai "Ahbab Al-Mustafa" iaitu "Pencinta Mustafa" (Rasulullah SAW) yang terdiri dari kalangan sanak saudara dan cucu-cucu beliau sebagai tentera jihad.

Dalam satu petikan video, beliau yang berucap di tengah laungan jihad tenteranya berkata, "Kami di Hayyu Saif Daulah di Halab, kami berjanji akan menghalau askar Asad (rejim) dari jalan ke jalan, dari rumah ke rumah hingga mereka keluar dari bandar kami." sambil menyifatkan keluarganya sebagai "pendukung revolusi jihad di jalan Allah".

Umur bukan penghalang kerana ia tidak akan disoal di hadapan Allah kelak sebaliknya sejauh mana jihad yang dilaksanakan.

Semoga Allah merahmati roh pakcik Sulaiman dan membalas segala jihad yang dilakukannya selama ini. Al-fatihah.

No comments:

Post a Comment