Kasab (kanan) melakukan serangan bom di stesen kereta api Mumbai pada 2008.
Kasab (kanan) melakukan serangan bom di stesen kereta api Mumbai pada 2008.
NEW DELHI - Lelaki bersenjata yang terlibat dalam siri serangan Mumbai empat tahun lalu, Mohammad Ajmal Amir Qasab menjalani hukuman gantung selepas rayuan yang dibuat kepada Presiden India, Pranab Mukherjee ditolak awal bulan ini.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk RR Patil , Qasab menjalani hukuman gantung di Pune awal pagi hari ini, jam 7.30 pagi waktu tempatan.

Qasab sebelum ini dimasukkan ke penjara  Arthur Road di Mumbai sebelum berpindah ke Pune.

Qasab merupakan warganegara Pakistan disabitkan kesalahan membunuh dan jenayah lain pada Mei 2010.

Dia terlibat dalam serangan bersenjata ke atas stesen kereta api utama India, yang membunuh 52 orang.

Mahkamah kemudian mengekalkan hukuman gantung sampai mati Ogos lalu.