Thursday, November 22, 2012

Pembangkang Syria rayu bantuan USD60 bilion



Terjemahan Mohamad Yahya,22 Nov 2012
Pembangkang Syria berkata mereka memerlukan bantuan sebanyak USD60 bilion  untuk mengelakkan ekonomi negara daripada runtuh jika mereka berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan dari rejim Presiden Bashar al-Assad.

Gambar: Berjuta-juta orang awam telah dipindahkan akibat pengeboman rejim di kawasan perumahan seluruh Syria [Reuters]

George Sabra, pemimpin pembangkang terkemuka, memberitahu pemberita Rabu lalu di Dubai, ibu negara Emiriah Arab Bersatu, bahawa ekonomi Syria boleh runtuh dalam tempoh enam bulan jika tidak mempunyai wang.

Sabra juga menggesa perwakilan di mesyuarat "Perkongsian untuk Melabur dalam Masa Depan Syria" (Partnership to Invest in Future Syria) di Dubai untuk segera melancarkan Rancangan Marshall untuk negara Arab, sama seperti program pemulihan besar-besaran bagi Eropah selepas Perang Dunia Ke-Dua.

Syria telah menyaksikan pertempuran bersenjata dalam konflik yang bermula dengan pemberontakan terhadap Assad pada Mac 2011 tetapi telah bertukar menjadi perang saudara yang mengakibatkan lebih daripada 38,000 orang terbunuh, menurut aktivis.

Untuk "tempoh enam bulan pertama kita memerlukan USD60billion" untuk pembiayaan segera bagi pembinaan semula negara, beritahu Sabra kepada pemberita di luar mesyuarat.

Syria telah musnah terutamanya oleh penggunaan pengeboman udara dan tembakan meriam oleh kerajaan dalam usaha untuk menghancurkan pemberontakan.

Sabra berkata wang mesti datang dalam bentuk bantuan daripada "saudara-saudara Arab kita dan masyarakat antarabangsa yang kami berharap akan memenuhi tanggungjawab mereka dalam krisis kemanusiaan yang negara kami hadapi".

Pembiayaan diperlukan untuk "menyelesaikan isu-isu yang paling sensitif dan jelas," bermula dengan "menyediakan perumahan untuk rakyat selepas 2.5 juta rumah telah dimusnahkan" dalam konflik itu, kata Sabra, Presiden Majlis Kebangsaan Syria.

"Apa yang digambarkan sebagai 'Rancangan Marshall untuk Syria" tidak boleh ditangguhkan sehingga rejim Assad jatuh. Ia mesti dimulakan dengan segera," Sabra memberitahu perwakilan di mesyuarat itu.

Beliau menyeru untuk "sokongan perniagaan masyarakat Arab dan antarabangsa sepenuhnya atau hampir sepenuhnya" untuk membebaskan di bandar-bandar utara Syria Aleppo, Idlib dan Tal Abyaḑ.

"Rejim sedang jatuh dan tidak akan bertahan lama," katanya kepada agensi berita AFP. (aljazeera.com)

No comments:

Post a Comment