Sunday, December 9, 2012

200 juvana jadi tawanan perang Afghanistan

200 juvana jadi tawanan perang Afghanistan - Global - Sinar Harian:

NEW YORK - Tentera Amerika Syarikat (AS) mendakwa menahan lebih daripada 200 remaja Afghanistan sebagai tawanan perang di Penjara Tentera Airfield Bagram di Afghanistan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, jumlah itu direkodkan oleh Jabatan Negara AS sejak 2008 dan disifatkan sebagai ‘pejuang musuh'.
“Masih ramai tahanan di penjara di Parwan sebelum diserahkan kepada kerajaan Afghanistan,” menurut laporan itu.

Laporan turut menyebut, kebanyakan tahanan juvana sekitar purata umur bawah 16 tahun.

Tahanan telah berada di beberapa penjara tentera sejak 2008 bagi ketika pemerintahan Presiden Bush.

Kira-kira 500 juvana di ditempatkan di penjara Iraq dan 10 di Airfield Bagram di Afghanistan.

Pengarah Eksekutif Rangkaian Antarabangsa Keadilan, Tina M Foster berkata, PBB perlu segera bertindak membebaskan kesemua tahanan itu kerana ketika ditahan mereka masih di bawah umur berbanding sekarang. - AP

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment