Sunday, December 9, 2012

Khaled Meshaal tidak akan iktiraf Israel

Khaled Meshaal tidak akan iktiraf Israel - Global - Sinar Harian:

Khaled Mashaal - Ismail Haniya
Khaled Mashaal dan Perdana Menteri Ismail Haniya melambai ke arah penyokong Hamas semasa ulang tahun Hamas ke-25, semalam. - Foto EPA
GAZA CITY - Pemimpin Hamas, Khaled Mashaal, yang kembali ke Gaza kelmarin selepas berada dalam buangan lebih empat dekad, berikrar di hadapan berpuluh-puluh ribu rakyat Palestin yang hadir pada majlis sambutan ulang tahun Hamas ke-25 semalam, beliau sama sekali tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel.

Dalam ucapan beliau yang penuh semangat itu, ketua biro politik Hamas ini berkata, rakyat Palestin tidak akan sesekali menyerahkan tanah mereka kepada Israel.

“Selagi Palestin ini milik kita, kita tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel,” katanya dengan lantang.

“Tidak ada sebarang bukti sahih yang tanah Palestin ini milik Israel, selama-lamanya tanah ini milik kita,” ujarnya.

Lawatan Khaled merupakan yang pertama selepas gencatan diadakan di antara Hamas dan Israel dua minggu lalu.

Beliau meninggalkan Tebing Barat pada 1967 bersama keluarganya ketika perang enam hari.

Jurucakap kerajaan Israel, Mark Regev pula berkata Khaled mendakwa tidak akan ada sebarang bentuk perdamaian dan keamanan dan setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak Israel merupakan sasaran yang sah.

“Mereka itu yang sebenarnya jenis pelampau dan tidak pernah membantu mencapai keamanan,” katanya.

Israel pula menyifatkan Khaled sebagai pelampau.

Khaled berkata demikian ketika ada cakap-cakap mengenai perdamaian dapat dicapai dengan saingan Palestin Hamas iaitu Fatah.

Hamas telah dikeluarkan dari Gaza pada tahun 2007 manakala Fatah pula kekal mengawal bahagian Tebing Barat.

Berpuluh-puluh ribu penduduk Gaza berhimpun di Kompleks al-Qatiba semalam untuk mendengar ucapan Khaled.

Sekurang-kurangnya 170 rakyat Palestin terkorban dan enam warga Israel maut dalam pertempuran dua minggu lalu.

Perhimpunan semalam turut diadakan sebagai meraikan kemenangan Palestin.

Dari segi kepimpinan dalam politik pula, Khaled berkata, beliau tidak mahu lagi berdiri sebagai ketua politik Hamas.

Seorang pegawai Israel pula berkata kepada pemberita tiada jaminan keselamatan diberikan kepada Khaled sepanjang berada di Gaza.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment