Sunday, December 9, 2012

Mursi dijangka kerah tentera

Mursi dijangka kerah tentera: "KAHERAH 8 Dis. - Presiden Mesir, Mohamed Mursi dijangka mengerahkan pasukan tentera bagi membantu polis menjaga keselamatan dalam menghadapi tunjuk perasaan besar-besaran, menjelang pungutan suara untuk meluluskan Perlembagaan baharu Mesir.

Akhbar al-Ahram hari ini melaporkan, Kabinet Mesir sudah meluluskan tindakan undang-undang yang membenarkan pasukan tentera membantu 'memastikan keselamatan dan melindungi institusi negara' serta diberi kuasa untuk menahan sesiapa yang melakukan kesalahan.

Namun, laporan itu tidak menyatakan bila undang-undang tersebut akan dilaksanakan.

Sementara itu, penunjuk perasaan masih mengadakan bantahan di luar Istana Presiden, yang sebelum ini menyaksikan tujuh orang terbunuh dan 350 lagi cedera dalam pertempuran antara penyokong Mursi dan juga kumpulan anti-kerajaan.

Pasukan tentera Mesir merupakan kuasa kedua terpenting selepas Presiden sebelum ini dan majlis tentera mengambil-alih pemerintahan buat sementara selepas Presiden Hosni Mubarak digulingkan pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Mursi mengenepikan jeneral-jeneral tentera pada Ogos lalu, dua bulan selepas beliau dipilih sebagai Presiden dan pasukan tentera dilihat tidak menunjukkan minat untuk campur tangan dalam krisis terbaharu yang berlaku di negara ini ketika ini. - DPA"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment