Wednesday, December 12, 2012

Bapa Malala dilantik penasihat PBB

Bapa Malala dilantik penasihat PBB:

LONDON 10 Dis. - Bapa kepada Malala Yousafzai, remaja perempuan Pakistan yang ditembak di kepala oleh militan Taliban kerana berkempen menyokong kanak-kanak perempuan mendapat pendidikan sempurna, dipilih sebagai penasihat khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang pendidikan global.
Utusan PBB, Gordon Brown hari ini berkata, remaja berusia 15 tahun itu yang kini masih dirawat di sebuah hospital dalam negara ini selepas ditembak militan Taliban pada 9 Oktober lalu, akan menyertai kempen itu apabila dia pulih sepenuhnya.
Bapa Malala, Ziauddin Yousafzai, bekas guru besar, dilantik membantu Brown untuk melaksanakan program yang diberi nama 'Pelan Malala,' bagi membolehkan kesemua kanak-kanak dan remaja perempuan di seluruh dunia mendapat pendidikan sempurna selewat-lewatnya penghujung 2015. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121211/lu_06/Bapa-Malala-dilantik-penasihat-PBB#ixzz2ElARV8Ed
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment