Wednesday, December 12, 2012

Lelaki bersenjata serang protes Mesir

Lelaki bersenjata serang protes Mesir - Global - Sinar Harian:
Mohammed Mursi
Mursi menggunakan kuasa tentera untuk menghalang protes memasuki kawasan istana presiden.
KAHERAH - Pegawai keselamatan Mesir melaporkan, seorang lelaki bertopeng dan bersenjata menyerang kawasan perkhemahan kumpulan pembangkang di Dataran Tahrir dengan melepaskan beberapa das tembakan menyebabkan sembilan orang cedera, semalam.

Jurucakap pegawai berkata, identiti penyerang masih belum diketahui dan tidak mendedahkan butiran serangan kepada media.

Agensi berita tempatan mendedahkan, penyerang berkenaan mungkin mahu mengapi-apikan suasana tegang sedia ada di kalangan kumpulan penyokong dan pembangkang Mohammed Mursi yang berhimpun sejak beberapa hari lalu.

Wakil pembangkang liberal yang enggan mendedahkan namanya berkata, draf KAHERAH - Pegawai keselamatan Mesir melaporkan, seorang lelaki bertopeng dan bersenjata menyerang kawasan perkhemahan kumpulan pembangkang di Dataran Tahrir dengan melepaskan beberapa das tembakan menyebabkan sembilan orang cedera, semalam.

Jurucakap pegawai berkata, identiti penyerang masih belum diketahui dan tidak mendedahkan butiran serangan kepada media.

Agensi berita tempatan mendedahkan, penyerang berkenaan mungkin mahu mengapi-apikan suasana tegang sedia ada di kalangan kumpulan penyokong dan pembangkang Mohammed Mursi yang berhimpun sejak beberapa hari lalu.

Wakil pembangkang liberal yang enggan mendedahkan namanya berkata, draf Perlembagaan diketengahkan Mursi telah menghadkan kebebasan sekali gus memperluaskan pengaruh Islam dalam pentadbiran negara.
Bagaimanapun, draf tersebut akan tetap melalui proses pungutan suara pada Sabtu ini dan ia mendapat sokongan positif di kalangan pengikut setia Mursi. - AP'via Blog this'

No comments:

Post a Comment