Wednesday, December 12, 2012

Pelayan sindir pelanggan obes digantung kerja

Berita Harian | Pelayan sindir pelanggan obes digantung kerja: "New York: Seorang pelayan restoran digantung kerja selepas merujuk tiga pelanggan wanita dalam bil sebagai 'perempuan gemuk'.

Christine Duran, Christina Huerta dan Isabel Robles berkata, mereka dikejutkan dengan sindiran itu selepas menikmati hidangan di Chilly D’s Sports Lounge di Stockton, California.
“Saya dapat bil itu dan berkata, kenapa resit ini tertulis ‘perempuan gemuk’?” kata Duran.

Rakan Duran mulanya tidak percaya dengan perkara itu, lapor New York Daily News.

“Saya ketawakannya tetapi dia berkata, saya serius. Saya anggap tak mungkin sebelum melihat sendiri resit itu,” kata Huerta.

Mereka terus berjumpa pelayan terbabit yang menafikan perkara itu. Dia juga berkata, mungkin ia dilakukan pelayan yang mengambil pesanan mereka.

Mereka bertemu pengurus restoran yang kemudian menawarkan potongan harga makanan 25 peratus, tindakan yang hanya mencetuskan lagi kemarahan.
“Dia seperti mahu ketawa seolah-olah ini sesuatu yang amat lucu tetapi cuba untuk tidak ketawa. Dia kemudian berkata, saya boleh potong sehingga 50 peratus.” - Agensi"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment