Thursday, December 20, 2012

Britain undur 3,800 tentera dari Afghanistan


LONDON 20 Dis. - Britain akan mengundurkan 3,800 daripada 9,000 tenteranya dari Afghanistan menjelang 2013.
Perdana Menteri, David Cameron semalam berkata, jumlah anggota tentera Britain di Afghanistan akan menurun kepada 5,200 menjelang akhir 2013.
"Berdasarkan perkembangan positif di Afghanistan, Britain membuat keputusan untuk mengundurkan anggota tentera dari negara itu," katanya.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan berapa jumlah anggota tentera yang akan terus berkhidmat di negara itu selepas tamat 2014. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121220/lu_11/Britain-undur-3800-tentera-dari-Afghanistan#ixzz2FYwEwNTp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment