Siasatan Petraeus diteruskan, manakala Broadwell bebas daripada dakwaan.
Siasatan Petraeus diteruskan, manakala Broadwell bebas daripada dakwaan.
WASHINGTON - Pendakwa raya persekutuan tidak akan mengemukakan dakwaan terhadap Paula Broadwell, penulis buku biografi ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA), David Petraeus yang membawa kepada peletakan jawatannya.

Menurut Peguam Broadwell, Robert Muse, selepas Pejabat Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) bagi Florida meneliti undang-undang kes berkenaan, Broadwell tidak akan didakwa berhubung tuduhan melakukan ugutan siber.

Kes itu membabitkan tindakan Broadwell menghantar emel tanpa nama kepada aktivis sosial, Jill Kelley.

Butiran e-mel berkenaan bagaimanapun tidak didedahkan kepada awam.

Susulan itu, emel berkenaan membawa kepada siasatan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) lalu mendedahkan skandal Broadwell dengan bekas jeneral tentera AS terbabit.

Petraeus meletak jawatannya sebagai pengarah CIA bulan lalu. - Reuters