Tuesday, December 4, 2012

Tauke Playboy dijangka kahwin dengan bekas tunang

myMetro | Tauke Playboy dijangka kahwin dengan bekas tunang:

HOLLYWOOD: Pemilik Playboy, Hugh Hefner, bercadang untuk berkahwin lagi dengan seorang wanita yang 60 tahun lebih muda daripadanya.
Lelaki berusia 86 tahun itu ditinggalkan oleh Crystal Harris tahun lalu, tetapi nampaknya dia kembali menjalinkan hubungan dengan bekas tunangnya itu, yang juga seorang ‘model playboy.’ 
Crystal, 26, digelar “pengantin lari” selepas meninggalkan Hefner, lima hari sebelum hari perkahwinan mereka pada Jun 2011.

Sumber di Amerika Syarikat berkata, mereka kini bercadang untuk berkahwin pada malam tahun baru.

Menurut sumber kepada laman web gosip, TMZ, pasangan itu “semakin rapat.”

Katanya, “Crystal merasakan perpisahannya dengan Hefner sebelum ini telah mengajarnya untuk lebih berdikari, satu perkara yang dia rasa perlu dilakukan. Majlis perkahwinan mereka akan dibuat secara kecil-kecilan untuk keluarga dan teman rapat saja.”

Crystal menulis di laman Twitter untuk 500,000 peminatnya: “Untuk masa lalu, terima kasih atas setiap pengajaran. Untuk masa depan, saya sudah bersedia.”

Hefner pernah berkahwin dua kali sebelum ini, pertama dengan Mildred Williams di mana mereka bercerai pada 1959. - TS

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment