Sunday, January 13, 2013

Iran nafi serang siber bank AS



Teheran: Iran menafikan laporan media Amerika Syarikat (AS) mendakwa mereka melancarkan serangan siber ke atas bank negara berkenaan, semalam.

Memetik kenyataan daripada misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Iran, agensi berita Irna melaporkan, Teheran menafikan sekeras-kerasnya wujud sebarang pembabitan dalam serangan siber itu.


Teheran juga, lapor Irna, mengutuk sebarang tindakan yang melanggar kedaulatan mana-mana negara. Kelmarin, media AS mendakwa, institusi kewangan negara itu menghadapi serangan siber besar-besaran dan sesetengah pihak mengesyaki ia didalangi Iran. Bekas pegawai di Jabatan Negara Dan Perdagangan AS, James Lewis berkata, tiada sebarang keraguan pada kerajaan untuk menuduh Iran mendalangi serangan itu. Walaupun identiti penyerang masih misteri, pakar berkata, jelas pihak terbabit menggunakan senjata baru untuk menyerang laman sesawang bank AS dengan menghantar permohonan maklumat besar-besaran. Serangan gelombang ketiga itu disasarkan ke atas 20 bank utama AS dan sebelum ini kumpulan dikenali sebagai Pejuang Siber Izz ad-Din al-Qassam mengaku bertanggungjawab. - AFP

No comments:

Post a Comment