Sunday, January 13, 2013

Kapal selam AS langgar kapal di Teluk Parsi



Washington: Periskop sebuah kapal selam Amerika Syarikat (AS) terlanggar sebuah kapal di Teluk Parsi, semalam, tetapi dilaporkan tidak menyebabkan sebarang kerosakan besar atau kecederaan.

Kenyataan Armada Kelima Tentera Laut AS menyatakan, periskop USS Jacksonville terlanggar kapal berkenaan ketika berlayar di Teluk Parsi, kira-kira jam 5 pagi (10 pagi waktu Malaysia).


“USS Jacksonville kemudian naik ke permukaan laut untuk mengetahui sama ada berlaku kerosakan ke atas kapal tidak dikenali itu.

“Kapal itu meneruskan pelayaran dan berdasarkan kelajuannya, tiada tanda ia rosak atau menyedari pelanggaran berkenaan,” katanya. Sementara itu, kerosakan pada kapal selam berkenaan terhad kepada satu daripada periskop yang ada.


Kapal selam berkuasa nuklear itu tetap berada dalam keadaan selamat. - AFP

No comments:

Post a Comment