Tuesday, January 22, 2013

Penderaan di penjara Afghanistan

Situasi sebenar tahanan penjara Kabul hanya diketahui oleh pihak dalaman sahaja.Situasi sebenar tahanan penjara Kabul hanya diketahui oleh pihak dalaman sahaja.
KABUL - Kumpulan pemerhati Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan, hukuman berbentuk seksaan dan penderaan semakin meningkat melibatkan tahanan penjara Afghanistan sejak tahun lalu.

Menurut PBB, pihaknya menerima satu laporan yang dipercayai menyatakan pasukan perisikan negara telah membina penjara rahsia serta menyembunyikan tahanan daripada pengetahuan pemerhati antarabangsa.

"Kebanyakan tahanan yang terlibat dengan peperangan berlarutan Afghanistan berhadapan lebih 10 seksaan termasuk kejutan elektrik, disebat dengan kabel, kaki dan tangan mereka diikat serta digantung," kata PBB.

Dalam laporan pejabat hak asasi kemanusiaan PBB, berpuluh golongan lelaki di selatan bandar Kandahar turut hilang sewaktu di dalam jagaan polis.  Kerajaan Afghanistan bagaimanapun, menafikan laporan berkenaan dan menjelaskan ia mungkin disebabkan pertindihan pada sistem yang dianggap masih belum kukuh.

Kenyataan itu turut mendapat sokongan Direktorat Keselamatan Kebangsaan (NDS), terhadap dakwaan bahawa sebahagian tahanan dimasukkan ke dalam penjara rahsia dan melakukan seksaan yang melampau seperti yang dilaporkan PBB. - AP

No comments:

Post a Comment