Saturday, January 5, 2013

Ratusan ribu berhimpun di Bandar Gaza




REUTERS
RATUSAN penyokong pergerakan Fatah berhimpun di Bandar Gaza semalam.


BANDAR GAZA - Ratusan ribu penyokong Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah mengadakan perhimpunan besar-besaran buat kali pertama di sini semalam, lapor seorang jurucakap pergerakan Fatah.
Perhimpunan julung-julung kali itu diadakan sejak Hamas merampas kuasa di wilayah itu pada tahun 2007.
Hamas yang sedang merancang untuk bergabung dengan Fatah itu telah memberi kebenaran untuk perhimpunan tersebut.
Ia diadakan sebagai kemuncak kepada sambutan ulang tahun ke-48, penubuhan Fatah yang menentang Israel.
Sambutan ulang tahun tersebut telah berlangsung sejak seminggu lalu.
Para peserta perhimpunan itu mengibarkan bendera Palestin dan Fatah serta membawa beberapa gambar Abbas, lapor seorang koresponden AFP.
"Peserta-peserta perhimpunan itu merupakan kumpulan yang menyokong Abbas yang mentadbir Palestin dan mahu menunjukkan Fatah masih berada di barisan hadapan perjuangan," kata seorang pemimpin tempatan Fatah, Selim al-Zaraei.
- Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0105&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2H3TeUVIW 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment