Seni jalanan Tebing Barat jadi medium suara
Salah satu seni jalanan terbesar adalah di tembok yang memisahkan Israel dan Tebing Barat. Foto: PNN
RAMALLAH - Kebanyakan golongan pemuda di Tebing Barat kini menjadikan lukisan grafiti di tembok jalanan sebagai medium untuk meluahkan suara mereka.

Seni jalanan itu dikatakan meningkat sejak beberapa tahun lalu terutamanya selepas revolusi kebangkitan rakyat di rantau Arab pada 2011.

Namun, seni lukisan grafiti tersebut mempunyai nilai sejarah berikutan keadaan politik yang tidak stabil di Tebing Barat.

Sejak dulu, mereka menggunakan ia sebagai medium untuk mengkritik sekatan haram Israel yang turut memberi kesan besar terhadap penduduk Palestin di kawasan itu.

Bagaimanapun, pada masa ini, golongan artis berbakat tersebut telah menggabungkan idea kreatif mereka untuk menyuntik semangat penduduk Palestin bagi menghadapi kesukaran akibat kekejaman rejim Zionis. - PNN