Sunday, February 17, 2013

Cacamarbapun cacamarbalah asal BN kalah sudah...


Kerjasama pakatan pembangkang caca-marba - PM

DATUK Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad (dua kiri) menunjukkan sijil Malaysia Book of Record selepas bersama-sama ribuan rakyat menggaul Yee Sang Terpanjang Di Malaysia, di Bukit Bintang, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN
KUALA LUMPUR 17 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak membidas pakatan pembangkang dianggotai Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang disifatkannya sebagai kerjasama 'caca-marba' tanpa mempunyai hala-tuju perjuangan jelas.
Menurut Perdana Menteri, ini terbukti apabila Pas memperjuangkan aspirasi penubuhan negara Islam, DAP mahukan konsep `Malaysian-Malaysia’ dan PKR pula semata-mata mengimpikan jawatan Perdana Menteri diberikan kepada pemimpinnya.
Oleh yang demikian, kata beliau, adalah penting bagi rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini untuk terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan negara terus stabil, harmoni dan beroleh kejayaan lebih cemerlang pada masa hadapan.
“Pepatah Cina ada mengatakan jika kita bersendirian, mudah untuk orang memecahbelahkan kita tetapi jika kita bersatu, tiada siapa dapat memecahkan kesatuan itu.
“Orang Melayu ada menyebut `caca-marba’. Jika kita perhatikan sebelah sana (pembangkang), mereka caca-marba apabila satu nak buat negara Islam, satu cakap mengenai `Malaysian Malaysia’ dan satu lagi siang dan malam mengimpikan jawatan Perdana Menteri," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Festival Sambutan Tahun Baharu Cina 2013 dan pelancaran yee sang terpanjang di Malaysia di Jalan bukit Bintang di sini hari ini.
Hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Ali serta beberapa menteri Kabinet. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130217/dn_24/Kerjasama-pakatan-pembangkang-caca-marba---PM#ixzz2L9Y5QFZr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment