Saturday, February 16, 2013

Gear rosak, bas rombongan ke Program PM terhumban ke parit...



Kejadian yang berlaku di Kilometer 15, Cameron Highlands-Simpang Pulai berhampiran Pos Slim itu turut mengakibatkan seorang maut manakala lima lagi cedera parah manakala 10 yang lain hanya mendapat rawatan pesakit luar dan mereka semua dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Bas tersebut adalah salah satu daripada 25 bas yang membawa kira-kira 1,000 Orang Asli dari Kelantan bagi menghadiri Program Himpunan Perdana Warga Orang Asli Bersama Perdana Menteri dan Pelancaran Program Mengubah Destini Orang Asli di Padang A, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, petang semalam.

LINK PENUH:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/gear-rosak-bas-rombongan-program-pm-humban-ke-parit-1.131635

No comments:

Post a Comment