Saturday, February 16, 2013

Susilo kecewa dikritik media



Susilo Bambang Yudhoyono
JAKARTA 15 Feb. - Presiden Susilo Bambang Yudhoyono meluahkan rasa kecewa beliau kerana sering menjadi sasaran kritikan oleh media-media tempatan.
Apa yang turut dikesalkan Presiden Indonesia itu ialah, keluarganya turut menerima tempias kritikan-kritikan tersebut.
"Ini merupakan hal yang sangat sulit kepada saya dan keluarga sejak kebelakangan ini. Secara peribadi, saya bersedia dengan ujian ini kerana ia sebahagian daripada perkara yang perlu saya lalui apabila menjadi Presiden," kata Susilo.
Di sebalik kritikan dan teguran yang sedikit sebanyak mengguris hati, Susilo nekad untuk meneruskan tanggungjawab yang dipikulnya sebagai ketua negara, sehingga berakhir tempoh perkhidmatannya pada tahun depan.
Presiden Susilo juga menegaskan bahawa beliau sentiasa mengambil berat terhadap anggota keluarga serta rakan-rakannya yang menjadi mangsa dan tekanan masyarakat berdasarkan mesej-mesej yang disampaikan melalui pelbagai program bual bicara di televisyen, jaringan media sosial serta khidmat pesanas ringkas (SMS).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130216/lu_04/Susilo-kecewa-dikritik-media#ixzz2L1Ssi0kt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment