Loji jana kuasa Fukushima pulih
Sekumpulan juruteknik mengesahkan tiada pencemaran bahan radioaktif di kawasan berdekatan loji jana kuasa nuklear Fukushima, Jepun.
TOKYO - Sistem penyejukan di tiga loji jana kuasa nuklear di Fukushima, Jepun yang terganggu kelmarin telah di baik pulih oleh sekumpulan juruteknik, semalam.

Jurucakap Tokyo Electric Power Co (Tepco) berkata, peralatan digunakan untuk menyejukkan bahan api itu beroperasi sepenuhnya jam 12.12 pagi (waktu tempatan) dan mengakibatkan bekalan elektrik terputus 30 jam.

“Kami jamin tiada perubahan ketara terhadap keaktifan radioaktif di kawasan berdekatan,” katanya dipetik dari laporan AFP.

Menurutnya, suhu bahan api itu kini kekal berada di bawah had keselamatan 65 darjah Celsius.

“Penduduk tidak perlu khuatir kerana tiada pencemaran radioaktif seperti dilaporkan media. Keseluruhan loji ini terkawal dan keadaan pulih seperti biasa,” katanya.

Sisa nuklear berkenaan mampu mengakibatkan bahaya sekiranya terdedah kepada suhu tinggi dan boleh menyebabkan berlaku tindak balas susulan pencairan bahan berkenaan jika tidak dikawal.