Tuesday, March 5, 2013

Pemimpin FSA kembali ke Syria


Moaz Alkhatib
Moaz Alkhatib
AMMAN - Pemimpin Tentera Pembebasan Syria (FSA) yang dibuang negeri, Moaz Alkhatib melawat Syria untuk kali pertama sejak tahun lalu, semalam.

Alkhatib, 52, merupakan Presiden Perikatan Kebangsaan Syria (SNC), sebuah kumpulan anti kepentingan Presiden Syria Bashar Al Assad, yang cuba mendapat pengiktirafan antarabangsa, memasuki utara Syria dari negara jiran Turki dan melawat bandar Jarablus serta Minbij.

Bekas khatib Masjid Umayyad di Damsyik itu dipilih sebagai pemimpin SNC November lalu dan lawatannya dilihat sebahagian daripada usaha meredakan keraguan di kalangan beberapa pasukan pemberontak terhadap perikatan itu.

Alkhatib berkata, beliau bersedia mengadakan rundingan dengan wakil kerajaan Syria dalam usaha menyelesaikan konflik yang berlaku hampir dua tahun di negara itu.

“Saya sedia bertemu dan mengadakan perbincangan dengan Assad,” katanya.

Sebelum memasuki Syria, Alkhatib menghadiri mesyuarat dihadiri 220 komander FSA di bandar Gaziantep, Turki untuk merangka pentadbiran baru dan menyediakan kediaman baru kepada penduduk di daerah Aleppo.

Sementara itu Assad, dalam satu temu bual dengan akhbar Britain, The Sunday Times berkata, beliau bersedia berbincang dengan Alkhtab namun menegaskan enggan meninggalkan negara itu atau berundur di bawah tekanan asing.

“Kami bersedia untuk berunding dengan sesiapa sahaja, termasuk militan, tetapi mereka tidak boleh mengenakan sebarang syarat atau penasihat luar,” katanya.

Jawatankuasa krisis pembangkang, Mohammad Mroueh pula berkata, satu pertempuran sengit berlaku di tengah bandara Homs, apabila tentera Assad berusaha menawan semula bandar itu yang didiami kumpulan minoriti Alwaite, kelmarin. - Reuters

No comments:

Post a Comment