Tuesday, March 5, 2013

Tentera Syria lancar serangan besar-besaran




BEBERAPA anggota Tentera Pembebasan Syria meronda di sebuah kawasan perumahan Al-Khalidiya, Homs kelmarin.-reuters


BEIRUT - Tentera Syria semalam melancarkan satu serangan besar-besaran di beberapa kawasan yang dikuasai kumpulan penentang di pusat bandar Homs, kata kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Untuk Syria.
Menurut kumpulan itu, serangan tersebut dilakukan selepas sekurang-kurangnya 264 orang telah terkorban di negara berkenaan pada Ahad lalu.
"Serangan ini merupakan pertempuran yang paling teruk pernah berlaku pada bulan ini," kata kumpulan tersebut.
Kumpulan penentang bertempur dengan tentera Presiden Bashar Al-Assad sejak Mac 2011.
Lebih 70,000 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran itu.
Para penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan itu mahu menggulingkan Bashar yang didakwa gagal membawa pembaharuan dalam bidang pentadbiran selepas kebangkitan penduduk berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2McY3lugq 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment