Tuesday, April 30, 2013

BAGAIMANA PR MEMBANTU RAKYAT.

King Jason
BAGAIMANA PR MEMBANTU RAKYAT.

Dari kaca mata seorang Perancang Kewangan, saya dapati bahawa Manifesto Pakatan Rakyat lebih "Menguntungkan Keluarga Saya" dari segi.

1-Penurunan Harga Minyak daripada RM1.90 kepada RM1.50 (Jimat sebanyak 21%). Sebulan kami membelanjakan sekurang-kurangnya RM 1,000.00 untuk petrol Ron95 bagi sebuah Persona, sebuah Hilux & sebuah motosikal untuk berulang alik Kajang-Somban/Kajang-PJ/Kajang-Melaka/Kajang/Perak. Ini bermakna kami akan jimat RM210.00 setiap bulan melalui minyak.

2- Penghapusan Tol. Pada bulan Mac-13 sahaja kami telah membelanjakan RM600 untuk tol bagi perjalan di atas. Tetapi secara purata setiap bulan kami membelanjakan sebanyak RM400.00 untuk tol. Jika tol dihapuskan kami akan jimat lagi RM400.00 sebulan daripada Tol.

3-Penghapusan Hutang PTPTN. Sebagai penerima bantuan PTPTN ketika belajar di UKM, saya membuat bayaran balik melalui potongan gaji sebanyak RM 150.00 sebulan. Jika Ketiga-tiga Penjimatan ini dijumlahkan, bermakna Keluarga Saya Mempunyai lebihan sebanyak RM 210+RM400+RM150 = RM760.00 sebulan. Jika lebihan ini kami simpan selama setahun, kami akan mempunyai simpanan tambahan sebanyak RM760 X 12 = RM9,120. Dengan jumlah bulan/tahunan sebanyak ini, macam-macam perkara berfaedah boleh kami lakukan.
Bagaimana dengan anda? Sekarang, Kirakan berapa pula yang anda boleh jimat. Ini Kalilah..UBAH!
 

No comments:

Post a Comment