Friday, April 5, 2013

Jolie bina sekolah di Afghanistan

Jolie bina sekolah di Afghanistan
Angelina Jolie
Biar rutin hariannya cukup padat, Angelina Jolie tidak melupakan tanggungjawab kebajikan yang sudah menjadi sebahagian daripada tumpuan utama bintang Hollywood ini sejak sekian lama.

Seperti dilaporkan Express, aktres itu terbabit dalam projek pembinaan sebuah sekolah perempuan di Kabul, yang mampu menampung kira-kira 200 hingga 300 pelajar.
Guna wang sendiri


Malah dikhabarkan, bukan hanya di Kabul, bintang Salt yang juga teman hidup Brad Pitt ini turut merancang memperbanyakkan lagi sekolah di kawasan konflik menerusi wang sakunya sendiri.

Pembiayaan itu dikatakan diperoleh daripada keuntungan penjualan produk perhiasan rancangannya, Style of Jolie. Sejak aktif sebagai Duta Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Jolie kerap mengunjungi negara bergolak untuk tujuan amal.

No comments:

Post a Comment