Pelajar Al-Azhar protes kes keracunan
Penuntut Universiti Al-Azhar mendakwa angka sebenar rakan mereka yang mengalami keracunan makanan mencecah 1,000 orang. Foto: AP
KAHERAH - Ratusan penuntut Universiti Al-Azhar mengadakan protes hari kedua, selepas lebih 500 pelajarnya dimasukkan ke hospital kerana keracunan makanan.

Dipetik Al-Jazeera, Pegawai Kementerian Kesihatan Mesir, Khaled el-Khateib berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa menjamah makanan di asrama pelajar, Isnin lalu.

Penuntut, Mohamed berkata, insiden keracunan itu bukan kali pertama berlaku.

"Kami mahu pihak kampus sediakan makanan bersih dan Pengarah Universiti dipecat kerana bertanggungjawab atas perkara ini," jelasnya.

Sementara itu, pendakwa raya, Talaat Ebrahim melancarkan siasatan untuk mengetahui punca kejadian tersebut.