Tuesday, April 16, 2013

Mak Nyah nak kahwin



HONG KONG: Mahkamah tertinggi Hong Kong semalam mula mendengar rayuan terakhir seorang mak nyah yang ingin mendapatkan hak berkahwin dengan teman lelakinya, kes pertama di sini.

Wanita yang dilahirkan sebagai seorang lelaki, dikenali sebagai ‘W’ dan kini berusia 30-an. Beliau cuba untuk memohon membatalkan keputusan awal yang menetapkan hanya perkahwinan antara pasangan berlainan jantina saja dibenarkan.

Beliau berkata, dirinya sudah menjalani pembedahan menukar jantina di bawah subsidi kerajaan dan menukar jantinanya pada kad pengenalan sejak kes itu bermula pada 2010.

Pendaftar perkahwinan bandaraya itu memerintahkan W tidak boleh mengahwini teman lelakinya kerana sijil kelahirannya tidak boleh diubah mengikut undang-undang Hong Kong dan mengatakan dia lelaki.

“Undang-undang perkahwinan boleh dan perlu akui bahawa identiti seksual boleh berubah,” kata penasihat W, David Pannick kepada mahkamah dalam pertikaian pembukaannya.

“Hak untuk berkahwin adalah asas, sijil kelahiran adalah sebuah rekod fakta bersejarah,” katanya sambil menambah bahawa W kini secara perubatan, psikologi dan sosial adalah seorang wanita.

Peguam itu berkata, Pendaftar Perkahwinan perlu mengiktiraf jantina terbaru anak guamnya, yang tertulis dalam dokumen rasmi seperti kad pengenalan dan pasportnya dan satu penafian terhadap cubaan beliau untuk berkahwin adalah melanggar HAK perlembagaan. - AFP

No comments:

Post a Comment