Tuesday, April 16, 2013

Pengganas Kiram dakwa bina 'kubu' di Sabah



MANILA 15 April - Kumpulan pengganas Kiram diketuai Azzumudie Kiram kini mendakwa mereka telah membina sebuah 'kubu' di Sabah dan tidak akan berundur dari negeri itu.
Jurucakap kumpulan pengganas itu, Abraham J. Idjirani kelmarin mendedahkan, pembinaan 'kubu' itu juga menunjukkan bahawa Azzumudie akan meneruskan rancangan 'menuntut' Sabah daripada Malaysia.
"Kumpulan kami kini dianggotai antara 400 dan 500 pengikut sukarela yang datang dari Sulu, Tawi-Tawi, Basilan dan Mindanao.
"Kira-kira 75 hingga 80 peratus daripada mereka bersenjata. Jadi kami tidak berhasrat meninggalkan Sabah," katanya.
Abraham berkata, pasukan itu kini boleh dianggap 'kubu kuat bergerak' yang berada di beberapa kawasan di Sabah.
Ketika disoal sama ada pasukan tentera Malaysia berupaya mengesan pengganas Kiram, dia berkata, tentera Malaysia tahu tentang kedudukan mereka, namun bukan secara spesifik.
"Walaupun (kumpulan Azzumudie) tidak berada di kawasan tetap, namun disebabkan pergerakan bebas pengikut bersenjata kami semakin meluas, ia boleh diandaikan sebagai kubu kuat pasukan kami," kata Abraham. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130416/dn_04/Pengganas-Kiram-dakwa-bina-kubu-di-Sabah#ixzz2Qa7J60PE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment