Thursday, April 18, 2013

Suu Kyi pertahan gaya politiknya



TOKYO - Ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi mempertahankan gaya politik berlembutnya semalam dengan menyatakan beliau menumpukan untuk membina masyarakat yang lebih bersatu.
Berada di Jepun pada minggu ini, Suu Kyi berkata, ramai wartawan bertanya kenapa beliau kurang lantang apabila bercakap tentang penderitaan etnik minoriti di Myanmar.
Menurut Suu Kyi, beliau selalu mengetengahkan isu berkenaan tetapi dengan cara yang dianggap membosankan oleh orang ramai.
"Saya sering bercakap tentang isu kewarganegaraan untuk etnik minoriti (Rohingya) tetapi kenyataan saya tidak cukup lantang untuk memuaskan hati semua orang," kata Suu Kyi pada satu sidang akhbar.
"Sebenarnya saya kurang berminat dengan retorik lantang. Saya memohon maaf jika komen saya tidak menarik buat mereka," tambahnya.
Komen tersebut dibuat selepas ramai aktivis menyuarakan kekesalan kerana Suu Kyi berdiam diri berhubung beberapa episod keganasan kaum di Myanmar.
Pemimpin tersebut yang dikenakan hukuman tahanan rumah selama 15 tahun oleh junta tentera Myanmar pernah memenangi Hadiah Nobel Keamanan.
Sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh pada Mac lalu apabila beberapa buah masjid dan sejumlah kediaman etnik Rohingya yang beragama Islam di tengah Myanmar dibakar. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0418&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2QlFctvbt 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment