Ujian peluru berpandu Korea Utara dijangka Julai
Korea Selatan giat melakukan latihan Foal Eagle dengan tentera AS di Semenanjung Korea.
SEOUL - Korea Selatan yakin ujian peluru berpandu yang ingin dilancarkan Korea Utara hanya akan direalisasikan pada Julai ini.

Dipetik AP, jurucakap Kementerian Pertahanan Seoul, Kim Min Seok berkata, dari unit perisikan melaporkan, perubahan kedudukan peluru berpandu balistik itu dan pelantarnya ke pantai timur Semenanjung Korea jelas menunjukkan ianya berada dalam keadaan bersedia. 

“Secara psikologinya, Korea Utara amat mementingkan ‘tarikh’ dalam sebarang ujian berprofil tinggi seperti ramai pakar perisikan dan penganalisis menjangkakan pelancaran peluru berpandu negara itu akan dilakukan pada 15 April sempena tarikh kelahiran pengasas pemimpin Korea Utara Kim Il Sung.

Namun, pihaknya telah mengenal pasti dua tarikh penting seperti 25 April iaitu hari ulang tahun Tentera Rakyat Korea dan 30 April iaitu hari terakhir latihan Foal Eagle antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat.