Sunday, April 14, 2013

umno dan porno tak dapat dipisahkan

UMNO tidak berupaya mempersiapkan diri mereka untuk menjadi parti yang mempunyai ‘attribute’ sebagai parti pemerintah lagi. Politik fitnah, politik samseng dan menjijikkan. 

Banyak tuduhan buruk yang dilemparkan ke atas Pakatan Rakyat tetapi UMNO itu sendiri sudah menjadi parti yang tidak siuman kerana berkelakuan seperti gangster zaman batu dahulu. Orang hendak berdemokrasi, UMNO pun hendak berdemokrasi, tetapi tidak faham apa itu demokrasi.

Di mana ada keganasan di situ ada UMNO dan di mana UMNO ada di situlah ada kekerasan dan kemusnahan.Kita amat takut jika kita ditadbir oleh kerajaan yang menggalakkan budaya samseng menyubur di negara ini.

Hilangnya UMNO bermakna akan hilanglah budaya samseng itu, insyaallah. Budaya samseng sekarang berkembang kerana samseng ini dilindungi oleh kerajaan dan penguatkuasa undang-undang di negara ini.

Pendeknya, kita mesti tolak pendinding dan pelindung kepada samseng-samseng ini, iaitu UMNO.

Bersabarlah, anggaplah segala kekerasan, tohmahan dan cacian UMNO ini sebagai satu ujian tatkala kita mendokong kebenaran. Mungkin tindakan mereka kerana kejahilan dan proses pembodohan pemimpin mereka selama lebih 50 tahun.

No comments:

Post a Comment